Akhirnya Kutinggalkan Syi'ah

Your comment You are on Kitab Untuk Di Jual Edit posts?
EKSKLUSIF
Testimoni Tokoh Syi'ah

Penulis:
Abu Khalifah Ali bin Muhammad al-Qudhaibi


Penerbit:
Pustaka Imam Ahmad


Harga:
RM8


Syiah merupakan suatu kebimbangan buat semua umat Islam.Pengaruhnya menular ke dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara.Umat Islam dikelirukan dengan mazhab Syiah yang di anggap sebagai salah satu mazhab dalam Islam yang mana tiada sebarang perselisihan dari sudut akidah dan syariat.Penyelewengan-penyelewengan inilah yang mempengaruhi umat Islam agar menerima Syiah.Mereka telah berjaya meyakinkan beberapa golongan rakyat supaya bersembahyang mengikut cara Syiah iaitu dengan cara meluruskan tangan kebawah semasa berdiri qiyam serta meletakkan tanah atau batu di tempat sujud untuk bersujud di atasnya.Perlakuan begini adalah salah satu pengaruh Syiah dalam ibadah yang mana ia berlaku tanpa ada halangan dan teguran berasaskan konsep kebebasan beragama dan beribadat.Umat Islam perlu sedar bahawa jurang pemisah besar antara Sunni dan Syiah adalah dari sudut akidah.Terlalu banyak penyelewengan dari sudut akidah yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.Keadaan inilah yang menyebabkan jalan menyatukan keduanya tertutup rapat dan tiada penyelesaian.Oleh itu,setiap Muslim harus berwasapada dengan dakyah golongan ini sepertimana yang telah dijelaskan agar terselamat dari terjebak dengan ideologi mereka dan bersama mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi ini.
     Buku ini merupakan sebuah perjalanan rohani.Sebuah kisah nyata tentang kegelisahan penulis sejak lahir menganut Syi'ah namun nuraninya terusik menyaksikan hal-hal yang menentang fitrah dan akal sihatnya.Buku ini tidak mengupas penyimpangan Syi'ah dari A hingga Z.Yang terpenting dari buku ini adalah pesanannya yang sederhana agar kita tidak terjebak dengan fahaman Syi'ah yang sering menggunakan kemasan menipu orang ramai.Semoga bermanfaat dan selamat membaca...
« Previous
 
Next »
 

0 comments: