Penulis:
Syaikh Khumais As-Sa'id
Penerbit:
Darus Sunnah
Harga:
RM22
Al-Hassan bin Ali radhiyallahu 'anhum meriwayatkan bahawa dia bertanya kepada ayahnya tentang sikap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap sahabat-sahabat beliau.Maka Ali berkata:
"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam selalu ceria,berakhlak sederhana,bersikap lemah lembut,tidak kurang ajar dan tidak pula kasar.Beliau tidak suka berbuat gaduh,tidak berlebihan dalam ucapan,tidak pernah berkata kotor,tidak suka mencela serta tidak kikir.Jika menginginkan sesuatu,beliau dengan mudah melupakannya dan tidak pernah membuat orang lain putus asa atau terbebani untuk memperolehnya.Beliau menjaga dirinya dari tiga hal:berdebat,menyombongkan diri melakukan perbuatan yang tidak bermanfaat.Terhadap orang lain,beliau beliau pantang melakukan tiga hal:mencela,mengejek dan mencari-cari kesalahan.Beliau tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang bisa mendatangkan pahala.Ketika beliau berbicara,orang-orang menyimak dan menundukkan kepala seakan-akan di atas kepala mereka ada burung.Setelah beliau selesai berbicara,barulah mereka berbicara.Mereka juga tidak pernah berdebat tentang apa pun dihadapan beliau.Dan jika ada seseorang berbicara dengan beliau,maka orang-orang lain diam hingga perbicaraan itu selesai.Ucapan mereka bagi beliau merupakan ucapan yang paling pertama.Beliau mentertawakan apa yang meraka tertawakan dan menyukai apa yang mereka sukai.Beliau selalu bersabar menghadapi orang asing yang berbicara dan bertanya kepada beliau dengan kasar.Para sahabat juga mendatangi orang asing itu.Beliau juga pernah berkata,'Jika kalian menemukan orang yang berusaha untuk memperoleh keperluannya,maka bantulah dia'.Beliau tidak pernah mahu menerima pujian kecuali dari orang yang juga mahu beliau puji.Tidak pernah beliau memotong perbicaraan orang lain hingga orang itu selesai.Kalaupun beliau hendak memotongnya,maka beliau menahan perbicaraan atau berdiri".
(Riwayat Tirmidzi)
Akhlak adalah tabiat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong untuk melakukan perbuatan yang mudah tanpa perlu berfikir dan mempertimbangkan terlebih dahulu.Bila perbuatan yang dilakukan dianggap baik menurut akal dan syari'at,maka disebut dengan akhlak mulia.Namun sebaliknya,bila yang dilakukan adalah perbuatan buruk,maka disebut dengan akhlak buruk (tercela).
Di antara misi kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.Seseorang tidak akan selamat,sebuah masyarakat tidak akan tegak dan kukuh dan negara tidak akan berjaya tanpa nilai-nilai akhlak yang mulia.Buku ini memaparkan pengajaran akhlak Rasulullah kepada umatnya.Bagaimana seseorang harus berakhlak mulia kepada Allah,sesama manusia,binatang,bahkan kepada alam lingkungannya.Buku ini juga menyebutkan contoh-contoh perilaku Nabi sebagai suri tauladan,imam dan maha guru bagi umatnya.Maka berbahagialah sesiapa yang mengikuti jejak langkahnya,berpedoman dengan petunjuknya,meniti ajarannya,melaksanakan perintahnya serta menjauhi larangannya.Semoga bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment