Surat Terbuka Untuk Para Istri

Your comment You are on Kitab Untuk Di Jual Edit posts?
Penulis:
Ummu Ihsan & Abu Ihsan


Penerbit:
Pustaka Darul Ilmi


Harga:
RM18

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
"Apabila seorang hamba telah menikah beerti ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya,maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam menjaga setengahnya lagi."

(Hadits Shahih Riwayat Ath-Thabrani)

Saudariku,para muslimah...
Rumah tangga adalah perkara penting bagi kehidupan manusia.Bahkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan bahawa seseorang yang membina kehidupan rumah tangga beerti ia telah menyempurnakan separuh agamanya.Iblis-la'natullah-mempunyai keinginan yang sangat besar untuk mengganggu dan merosakkan rumah tangga yang bahagia ini.Sedarilah sepenuhnya bahawa iblis,musuh sejati kita dan bala tenteranya akan terus berusaha meruntuhkan rumah tangga kita.Iblis akan menggunakan segala cara bagi mencapai tujuan itu.Dan mereka akan bersorak gembira setelah berjaya menuai kemenangan manakala berhasil meretakkan hubungan cinta kasih sayang sepasang suami istri.
    Bagaimana kah caranya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumah tangga?Apakah peranan-paranan istri?Apakah kunci-kunci kejayaan membina rumah tangga bahagia?Buku ini adalah sebahagian nasihat yang amat berguna-insya Allah-untuk para istri mahupun yang belum menikah,untuk di jadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang di redhai Allah Ta'ala.Turut di bahaskan tips-tips untuk mengatasi masalah suami yang sangat cemburu,terlalu sensitif,yang bakhil dan banyak lagi.Semoga bermanfaat...
« Previous
 
Next »
 

0 comments: